Kekangan keje buat sy dah lama tak mencoret ssuatu di sini. Pagi-pagi lagi mata terpaku melihat buku-buku di rak. Hati terpaut pada sebuah buku yg menjadi teman sy sejak dulu lagi.." PENENANG JIWA - Terjemahan Kitab MUKHASHAFAH AL-QULUB" karangan Imam Al-Ghazali. Bab 78 - FiTNaH dan GhiBaH..oouh..dah sampai BaB 78 sy membaca. Tajuk yg agak menarik. Hati sy tertanya-tanya apa yg dimaksudkan dgn FiTNaH dan GHIBaH?? Siapa mereka?? Hati mula takut..takut dalam tak sedar tergolong dlm golongan mereka..NAU'ZUBILLAH...sy mula membaca...
Allah Azza Wa Jalla berfirman::
" Dan janganlah pula sesetengah kamu mengumpat yang lain, sukakah salah seorang kamu, bahawa dia memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)? Maka tentu kamu tidak suka memakannya"
(Q.S. Al-Hujurat : 12)
Dari Jabir dan Abi Said, mereka berkata, berkata Rasulullah s.a.w::
"Takutlah akan ghibah, sesungguhnya ghibah lebih berat dari zina. Seorang lelaki yang berzina lalu bertaubat, maka Allah menerima taubatnya. Sedang Allahtidak mengampuni ORANG YG GHIBAH sebelum ORANG YG DIGHIBAH itu memaafkannya"
Anas berkata, "telah bersabda Rasulullah s.a.w::
"Pada malam aku disirakkan, aku telah bertemu dengan kaum yg menggaru muka mereka dgn kukunya. Aku berkata, "Wahai Jibril, siapakah mereka?" "Mereka yg suka mengumpat orang dan mengoyak harga dirinya"...
Allah SWT berfirman lagi::
"Celakalah untuk tiap-tiap pengumpat dan pencela"
(Q.S. Al-Humazah:1)
"Pengumpat adalah tukang memfitnah juga. Yang membawa kayu api"
(Q.S. Al-Lahab:4)
Dirawikan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda::
" Di antara kamu yg disukai oleh Allah yg baik akhlaknya dan berlapang dada. Sedangkan yg paling dibenci Allah adalah orang yg suka menyebarkan fitnah di antara saudara-saudaranya..."
"YA ALLAH..jauhkan hambaMu yg lemah ini dari tergolong dalam golongan pengumpat&pembuat fitnah"..NAU'ZUBILLAHIMANZAALIK...itu saja yg terdetik di hati sy.Alhamdulillah..hari ni sy dapat lagi 1 ilmu yg sgt baik,ingatan untuk diri sendiri. Sy akhiri dgn kata2 seorang penyair,juga terdapat dalam buku ni..
SEBAGAIMANA ORANG MENGADU PADAMU,
DIA AKAN MENGADUKANMU JUGA,
KAU AKAN TERJERAT,
OLEH ORANG YG BERMUKA DUA....
(m/s : 341 - Buku Penenang Jiwa)
Sekali lagi..NAU'ZUBILLAHIMINZAALIK...
Sy cuma kongsikan apa yg sy baca. Apa yg baik, kita jadikan ingatan untuk diri, sesama kita..Wallahua'lam..Allah Maha Mengetahui :) with luv ** SueSyaurah
No comments:
Post a Comment