Friday 11 November 2011

'CiNTa' ada Di HaTi..kamu..~**

Salam! ^^ Happy Saturday..;) Mesti ramai yg plan nk kuar hari ni. Ss? Kemas2 bilik..baca buku..mkn.. (ada peluang x nk bam2? ;D) Saat Ss sendirian ni, mula lah rsa nk menulis..hik3. Jgn serik tau untuk membaca..terima kasih.. =))

Bila kita bersendirian..sunyi kan..kan..? Tapi,tu hanya perasaan..Ss baru sedar sesuatu. Sebenarnya kita xkeseorangan..siapa lagi yg ada??haaaaa! dh lupa ye?? ;D... ALLAH... =)) aah,jngn lupaa ;p Hati kita..jiwa kita, semuanya ada milik Allah..jd,cinta tu sentiaasaaaaa ada di hati kita.. ^^

Yang ingin jauh,biar kan dia pergi..Yang memang dah jauh..biar kan juga dia pergi. Doakan mereka hidup bahagia. Tu lh tanda kita mensyukuri nikmatNYa..=)  Cinta tu bukan milik kita..Allah yg hadirkan perasaan cinta&ksh syg dalam hati kita, Allah juga yg hilangkannya..Sebagai hambaNya yg lemah&daif, siapa kita untuk melawan takdirnya.Yakinlah..tiap apa yg berlaku tu ada hikmahnya. Yakinlah bahawa Allah sedang merencanakan sesuatu yg terbaik untuk kita..sebagai hambaNya.. =)) Yang penting..kita harus sentiasa berdoa..berdoa..berdoa..[tu nasihat seorang akak pda Ss ;) ]

Jgn berdukacita bila saat kita memerlukan seseorang, tiada siapa yg datang menghulurkan bantuan. Mungkin Allah sedang menunjukkan kita sesuatu. Siapa yg terbaik untuk kita dekati, siapa yg terbaik utk kita jauhi. Kata hati tak selalu nya betul. Apa yg kita suke mungkin tu yg Allah xsuke, apa yg kita xsuke mungkin tu lah yg Allah suke..Belajar lah untuk memahami erti hidup sebenar. InsyaAllah..hari2 kita akan sentiasa tenang&indah..Cinta itu ada di hati kita. Carilah ia..didik ia dengan hati yg bersih..Sucikan ia dari sebarang noda..CHinTa itu yg akan membuatkan hati kita tenang..Hati yg bersih&penuh dgn kasih syg adalah hati yg didambakan oleh setiap org ;))

Cinta tak perlu dicari, xperlu dikejar..biar perasaan tu hadir sendiri. Ada org cakap, kita mesti berusaha..Ya..memang betul kita mesti berusaha. Tapi, bagi Ss penting berusaha untuk mempertahankan cinta yg ada, untuk mencari...hmmm...biar Allah yg tentukannya&hadirkannya. Hakikatnya, untuk mempertahankan cinta yg ada tu lebih susah dari mencari cinta..=) Tapi, Ss yakin, jika cinta itu adalah cinta yg ikhlas&diredhaiNya, Allah akan jaga&pertahankan ia untuk kita ;) Xmo sedeyh2..yakin,jika kamu setia,kamu akn jumpa juga dengan yg setia. Kembali lh pada jln yg asal..jln Allah..Berdoa..Berdoa..dan teruskan berdoa.... -___-


Thursday 10 November 2011

11.11.11.. =))

Salam semua =))
moga hari ni hari yang cukup indah untuk semua
moga hari ni juga hari yang diredhaiNya..
Alhamdulillah, hari yg baik..hari Jumaat..
moga hati2 kita semua tidak pernah lari
dari mengingati Dia yang Maha Esa.. -__-


Ss teringat pada 1 email yg pernah Ss terima dulu
tentang sahabat..
hari ni mungkin ada yg baru ingin mengenali
antara satu sama lain..
alhamdulillah.. =))


Imam Al-Ghazali berkata ' Kawan dibahagikan kepada 3 " :


1) KAWAN YANG PERTAMA - 
Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi iImu & nasihat agama kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

2) KAWAN YANG KEDUA -
Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapatkan laksana perintah Allah.

3) KAWAN YANG KETIGA - 
Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu dia rejek ilmu dan nasihat yang kita bagi. Imam Al-Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi maafaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang bawa kepada kemaksiatan kepada Allah s.w.t.
Nabi SAW bersabda ' Seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikkan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu.

Kesimpulan hadis -

Umpama berkawan dengan tukang jual minyak wangi iaitu kita berkawan dengan orang yang baik-baik iaitu orang yang selalu ingat pada Allah, orang yang selalu pergi masjid, selalu ikut kuliah agama, selalu bagi nasihat dan ajak ke arah kebaikan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut dia pergi masjid dan buat perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan tinggal perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

Umpama berkawan dengan tukang ketuk besi iaitu kita berkawan dengan orang yang tidak ingat kepada Allah, orang yang selalu buat maksiat ( seperti tidak solat, tidak puasa di bulan Ramadhan, tidak menutup aurat mengikut kehendak agama dan perkara-perkara yang menjurus kepada maksiat ) dan selalu ajak kita ke arah kejahatan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut cara dia, kalau dia kaki 'karaoke' kita pun akan jadi kaki 'karaoke', kalau dia kaki tengok wayang kita pun jadi kaki tengok wayang, kalau dia kaki tak tutup aurat kita pun ikut dia tak tutup aurat, kalau dia kaki tak solat kita pun akhirnya akan jadi kaki tak solat.
Ambillah iktibar  dan jangan tersilap pilih kawan di dunia ini.

Ss nak kongsi kata2 Imam Ghazali tentang 'kawan'
moga kamu mendapat teman yg terbaik ;)
moga hubungan kamu sentiasa dalam redha Allah..
Ss sentiasa mendoakan yg terbaik
untuk sesiapa saja yg Ss kenal
amiiin... ;))

Ss tak tahu apa yg Ss rsa sekarang. Walau jiwa kosong tp hati sgt tenang..alhamdulillah.. =)

"Ya Allah..tenangkan hati ku setenang air di tengah lautan..bersihkan hatiku sebersih kain putih tanpa terusik..kurniakan ak akhlak yg baik sebagaimana Engkau perelokkan wajahku..amiinn... -___- "



Sunday 6 November 2011

GaDiS iTu.... ;)

19 - 22 tahun

Hidup sgt indah..! bg dia,kata2 kwn2 rapat & 'ehem2' dia adalah paling penting. apa yg org lain ckp,ada dia kisah?haha..hidup dia ceria&gembira.cam keanakan pn ada. time study, dia study..time brgumbira,dia  lh paling hepi ;p BF dia ckp,dia cam bdk2..dia jwb balik "sy xsuke jadi cam org dewasa,byk masalah..sume benda nk pk,nnt xhepi..". Tapi bab urus diri&org lain, BF dia ckp dia bgus. Satu2 jadual harian BF dia dihafalnya. apa yg BF dia lupa,dia tolong igtkan^^ dia suke gelak tp dia jgk lh yg mudah nangis, manjany terlebih2..pada BF dia jelah dia bercerita&cari smgt. Sesama menyokong antara 1 sama lain, saling percaya anatara 1 sama lain..seperti pentingny isi utk kuku&kuku untk isi (betul ke perumpaan ni? ;D) Apa yg dia nk, dia akn usaha sampai dpt!  Dgn kwn2,dia enjoy saja!! ^^  Dia selalu blajar utk berdikari..dia nak perfect dr sume segi..agama,relationship,study! bagi dia sume 1..agama 1, family 1, BF pn 1 ;p dgn sokongan org2 yg trdkt..dia berjaya!! ^^

23-24 tahun

Dia mula mengenali dunia luar. Belajar untuk menjadi org yg lebih matang, belajar untuk bertolak ansur, sabar dengan kerenah manusia yg macam2. Pagi2 dia pegi keje, malam dia balik..12 jam hidupny hanya untuk keje..keje..&keje..semakin banyak dia belajar perkara baru, semakin banyak dia rasa dia tak tahu. Dengan keazaman yang tinggi, dia fikir untuk terus maju ke depan..buat sesuatu yang lain..untuk diri dia&masa depan nya..

24-25 tahun 

Dengan semangat yg ada, dia usaha sesuaikan diri dengan suasana yg baru. BF dia sentiasa menyokong dia dr belakang.."ingat, berbuat baik pada setiap org..biar org sakitkan hati kita,jgn kita sakitkan hati org. InsyaAllah..Allah akan berikan yg terbaik untuk kita.ingt balik napa awk ada di sni".. (psnan keramat BF dia) "Baek!!!" (jwb lg dia) ^^ Hari2 dia akn bangun dgn senyuman& berusaha..berusaha..berusaha..Dia nak jadi yang terbaik.bkn untuk orang lain, tapi untuk diri ny sendiri. Dengan sokongan org2 yg trdekat dgnny, dia berjaya lagi! ^^ masa berubah, dia mula masuk ke dunia yg lebih baru. Dia mula mengenal erti hidup sebenar. Kini dia sedar, dia perlu lalui alam2 dewasa ni. Masalah, derita& kecewa..mula dirasainya. Hidup dia bukan seperti keanak2an dulu lagi. Dugaan&cabaran membuatkan diri dia untuk berubah, menjadi seorang yg lebih tabah&kuat. Dia bukan seorang yang suke gelak2 seperti dulu lagi. Tangisnya hanya pada Allah, teman terbaikny hanya Allah..semangatnya hanya datang dari Allah...

26 tahun

Dia mula mencari suasana yang baru..untuk dia mulakan semula hari2 nya seperti dulu..gelak tawa yg buat hari2 nya indah&tenang untuk dia. Kini hari2nya lebih sukar. Dia sedar, dia perlu kembali kepada Pencipta Nya..semua nya datang dari Allah, Allah juga yang dapat mengembalikan gelak tawanya & hari2 indahnya. Dia mula sedar, tiada apa yang kekal di dunia. Dia harus bersyukur dgn segala kurniaan Allah padanya..kasih sayang yg sebenar, hati yg tenang bersama PenciptaNya.. ;)) ni lah yg dikatakan hidup Apa yang berlaku sekarang sesuatu yg dia tak terlintas di fikirannya pun dulu. Mungkin Allah ada jawapan untuk segalanya..dia kini gembira dengan hati nya yang baru..dia bersyukur dgn apa yang ada..Apa yg tidak pernah berubah dalam hati nya hingga sekarang adalah pendiriannya.. " HaNYa SaTu.." =)) 1 agama, 1 family, 1 'cinta' ... amiiinnn~




BF = Best Friend k ;)





TAMAT

super star

Super Stars - Cry On My Shoulder


Powered by mp3ye.eu

~ Aku & Kamu ~

Daisypath Friendship tickers