Monday 18 July 2011

SHaRinG iS CaRiNG..**

Ramai yg tanya pasal report praktikal..sorry lah adeq2 ku...report kte dh hilang lama dah..al-maklumlah,sis praktikal 5 tahun lepas..report kte dh selamat dikebumikan..ha3 =D

Tapi,kte try jugak bantu awk2 sume..ni kte search kt internet..mgkin format xsama dengan UPM, tapi cukuplah utk bagi idea skit kt adeq2..mungkin panduan ni dapat bantu kamu sume k..Good Luck! =)



Bab I
SUSUN ATUR LAPORAN LI

Halaman Judul / Tajuk




a)                 Halaman Judul / Tajuk mestilah mempunyai maklumat yang disusun mengikut turutan berikut :-



NAMA JABATAN
NAMA SEKOLAH
NAMA KOLEJ

TAJUK LENGKAP LAPORAN (NAMA PROJEK)

NAMA KURSUS
KOD KURSUS
SESI LATIHAN INDUSTRI

NAMA PELAJAR
NO. MATRIK





b)     Format : Fon jenis Times New Roman, bersaiz 16, berhuruf besar,  dijajarkan tengah dan bold.

c)                  Contoh adalah seperti Lampiran A.


1.3        Halaman Pengakuan

Halaman ini mengandungi perakuan tentang keaslian laporan. Ia hendaklah ditandatangani oleh pelajar yang menulis laporan tersebut. Pengakuan hendaklah ditulis seperti Lampiran B.

1.4       Halaman Dedikasi (pilihan)
Pernyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada satu perenggan dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar. Contoh seperti Lampiran C.

1.5        Halaman Penghargaan (pilihan)
Halaman ini hendaklah ditulis dalam satu (1) muka surat sahaja. Penghargaan dirakam kepada orang perseorangan atau syarikat/organisasi yang telah memberi bimbingan sepanjang tempoh latihan industri.

1.6       Abstrak
Abstrak mestilah ringkas (tidak melebihi 300 patah perkataan). Ia hendaklah menyatakan bidang kerja/projek yang dilakukan, masalah yang hendak diselesaikan, cara penyelesaian, proses penyelesaian masalah dan keputusan yang diperolehi.

Jadual kandungan menyenaraikan semua bahan yang terkandung di dalam laporan, iaitu Bab-Bab (1, 2, 3, …..) dan pecahan-pecahan utama daripada bab berkenaan. Tajuk-tajuk berkenaan hendaklah ditulis dengan menggunakan perkataan yang sama seperti yang terdapat dalam laporan.

1.7        Jadual Kandungan

1.8       Senarai Jadual
Senarai ini mempunyai semua tajuk jadual yang dimuatkan di dalam laporan. Nombor muka surat tempat jadual diletakkan hendaklah dicatatkan di dalam senarai ini.

1.9       Senarai Gambar Rajah
Ini adalah senarai gambar, lukisan, graf dan carta yang terkandung di dalam isi kandungan laporan. Senarai seperti jadual, nombor muka surat semua bahan ilustrasi hendakklah dicatatkan di dalam senarai ini.

1.10      Senarai Lampiran
Pada halaman ini disenaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam laporan dengan memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut :-
a)                 Sesuatu laporan tidak semestinya mempunyai lampiran. Sekiranya perlu, bolehlah dimasukkan dalam contoh jadual, gambar dan sebagainya yang terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks.
b)    Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan yang disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga boleh diberi tajuk-tajuk tertentu.

1.11       Teks (Kandungan Laporan)
Rujuk panduan terperinci dalam Bab II


1.12      Rujukan
Merupakan bahan yang dirujuk semasa menyediakan laporan. Penulis hendaklah menyenaraikan bahan yang dirujuk dalam halaman rujukan selepas teks. Sila rujuk format Rujukan dalam Bab IV.

1.13      Lampiran
Lampiran membenarkan penulis memuatkan bahan yang dapat memberi penerangan tambahan kepada teks dengan tidak mengganggu tumpuan pembaca. Bahan-bahan ini termasuk jadual, carta dan lain-lain.


Bab II
KANDUNGAN LAPORAN LI

Bab I              Pengenalan Latihan Industri
1.10            Falsafah Latihan Industri
1.11             Objektif Latihan Industri

Bab II                        Profil Organisasi
2.1               Sejarah Penubuhan
2.2              Objektif Organisasi
2.3              Maklumat Pendaftaran dan Perhubungan
2.4              Jenis Perniagaan / Perkhidmatan
2.5              Struktur Organisasi
2.6              Logo Organisasi
2.7              Jabatan / Bahagian / Unit Teknologi Maklumat
2.8              Penempatan Pelatih di Organisasi

Bab III          Latar Belakang Projek
3.1               Nama Projek
3.2              Objektif Projek
3.3              Skop / Tumpuan Projek
3.4              Kepentingan Projek
3.5              Perbandingan Dengan Sistem Secara Manual
3.6              Persamaan Dengan Projek Sedia Ada

Bab IV           Pelaksanaan Projek
4.1       Penerangan terperinci tentang tugas kerja harian atau penyempurnaan tugasan yang diberikan termasuk teori ataupun praktikal dan kaedah pelaksanaan yang digunakan. Penerangan adalah mengikut skop tugasan dan projek yang dilakukan :-
o   Persembahan Multimedia / Animasi : reka bentuk, skrip, papan cerita, dll
o   Laman Web Interaktif : reka bentuk, lay-out, frames, buttons, links, hosting, dll
o   Pembinaan Sistem Maklumat : reka bentuk, skrin, entiti, storan, proses, kod aturcara, dll
o   Projek Rangkaian : analisis, reka bentuk, network layout, peranti rangkaian, prosedur kerja, dll
o   Penyelenggaraan Sistem Komputer : Jenis / Kategori penyelenggaraan, prosedur kerja, dll
4.2              Perisian dan Perkakasan Yang Digunakan

Bab V             Rumusan
5.1               Permasalahan Yang Berbangkit
5.2              Cadangan-Cadangan Peningkatan
5.3              Limitasi (Had) Projek Yang Dihasilkan
5.4              Hasil dan Faedah Yang Diperoleh

RUJUKAN
LAMPIRAN
o   Gambar rajah, jadual, carta Gantt, Carta DFD, manual pengguna, brosur produk, dll


TAMAT....~~~~ hehe

kepada adeq2 yg punye contoh report tu,share lah maklumat dgn kengkawan lain..sian ada kwn2 korg yg poning2 pikir pasal report ni..kan Sharing tu is caring..Caring is loving..Loving is...??? jawab sendiri =p sama2 tolong tau..tau... ^_^ 

With LOVe,
~Sis Suesyaurah~

Friday 8 July 2011

Usia Tua..AWeT Muda..nak x??

Ramai orang tanya camne nk awet muda?? ada orang ikut petua org2 lama.alaaa..mkn jamu ke,guna bahan2 tradisional ke..tapi bab2 tu ak ni pemalas skit.ak buat kejap pastu stop..tak kekal..hehe. Ada petua yg lebih baik..nak tahu??baca betul2 tau..tau... =)


1. Tahajjud
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya..

2. Al-Quran
Bacalah Al-Quran sebagai penyucian jiwa&pendinding diri..jangan tinggal Al-Quran walau sehari tau..tau..bacalah ia walau hanya dengan sedikit  (pesan abah pada ak) ^_^

3. Solat di Masjid
Jangan tinggal kan masjid terutamanya di waktu subuh (untuk lelaki..wanita lebih afdal solat di rumah). Sebelum langkah ke mana pun, langkah lah kaki ke masjid kerana masjid 
merupakan pusat keberkatan. Bukan kerana panggilan muadzin tapi panggilan Allah yg mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid.

4. Solat Dhuha
Jaga solat dhuha kerana kunci rezeki ada pasa solat Dhuha

5. Sedekah
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suke bersedekah dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yg bersedekah.

6. Wudhu'
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yg berwudhu'. Kata  khalifah Ali Bin Abu Talib " orang yg selalu brwudhu' akan sentiasa merasa dalam solat walau dia tidak berada dalam solat dan dijaga malaikat dengan 2 doa..pertama :: diampuni dosa kedua:: disayangi Allah..

7. Istighfar
Amalkan istighfar setiap saat. Istighfar dapat menyucikan hati daripada dosa-dosa yang lepas. Dengan zikir, banyak kejahatan dapat di jauhi, semoga dijauhkan sifat2 keji.


Nak lagi petua..??? Petua CHaNTiQuE.. (gadis2 mestilah suke..ak pn suke.. =P )

- Untuk bibir yg cantik, selalulah ucap perkataan yg baik2
- Untuk pipi yg lesung, tebarlah senyuman ikhlas mu di muka bumi
- Untuk mata yg indah menawan, selalulah lihat kebaikan yg ada pada org lain
- Untuk tubuh yg langsing, sisihkan makananmu pada fakir miskin (bersedekah)
- Untuk jari jemari yg menarik, hitunglah dosa dan pujianmu kepada Allah
- Untuk wajah yg bersih bercahaya...sentiasa basahi wajahmu dgn wudhu'...~


Bestkan?? =) ..ak bknlah ustazah utk bagi ceramah tentang agama..cukuplah sekadar berkongsi pengetahuan yg baik dgn kwn2 ku. Apa yg baik,kita cuba ikut..buat apa yg mampu. Jom..jadi lebih CHaNTiQuE... ^_^ Love Ya!!




super star

Super Stars - Cry On My Shoulder


Powered by mp3ye.eu

~ Aku & Kamu ~

Daisypath Friendship tickers