Friday 8 July 2011

Usia Tua..AWeT Muda..nak x??

Ramai orang tanya camne nk awet muda?? ada orang ikut petua org2 lama.alaaa..mkn jamu ke,guna bahan2 tradisional ke..tapi bab2 tu ak ni pemalas skit.ak buat kejap pastu stop..tak kekal..hehe. Ada petua yg lebih baik..nak tahu??baca betul2 tau..tau... =)


1. Tahajjud
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya..

2. Al-Quran
Bacalah Al-Quran sebagai penyucian jiwa&pendinding diri..jangan tinggal Al-Quran walau sehari tau..tau..bacalah ia walau hanya dengan sedikit  (pesan abah pada ak) ^_^

3. Solat di Masjid
Jangan tinggal kan masjid terutamanya di waktu subuh (untuk lelaki..wanita lebih afdal solat di rumah). Sebelum langkah ke mana pun, langkah lah kaki ke masjid kerana masjid 
merupakan pusat keberkatan. Bukan kerana panggilan muadzin tapi panggilan Allah yg mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid.

4. Solat Dhuha
Jaga solat dhuha kerana kunci rezeki ada pasa solat Dhuha

5. Sedekah
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suke bersedekah dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yg bersedekah.

6. Wudhu'
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yg berwudhu'. Kata  khalifah Ali Bin Abu Talib " orang yg selalu brwudhu' akan sentiasa merasa dalam solat walau dia tidak berada dalam solat dan dijaga malaikat dengan 2 doa..pertama :: diampuni dosa kedua:: disayangi Allah..

7. Istighfar
Amalkan istighfar setiap saat. Istighfar dapat menyucikan hati daripada dosa-dosa yang lepas. Dengan zikir, banyak kejahatan dapat di jauhi, semoga dijauhkan sifat2 keji.


Nak lagi petua..??? Petua CHaNTiQuE.. (gadis2 mestilah suke..ak pn suke.. =P )

- Untuk bibir yg cantik, selalulah ucap perkataan yg baik2
- Untuk pipi yg lesung, tebarlah senyuman ikhlas mu di muka bumi
- Untuk mata yg indah menawan, selalulah lihat kebaikan yg ada pada org lain
- Untuk tubuh yg langsing, sisihkan makananmu pada fakir miskin (bersedekah)
- Untuk jari jemari yg menarik, hitunglah dosa dan pujianmu kepada Allah
- Untuk wajah yg bersih bercahaya...sentiasa basahi wajahmu dgn wudhu'...~


Bestkan?? =) ..ak bknlah ustazah utk bagi ceramah tentang agama..cukuplah sekadar berkongsi pengetahuan yg baik dgn kwn2 ku. Apa yg baik,kita cuba ikut..buat apa yg mampu. Jom..jadi lebih CHaNTiQuE... ^_^ Love Ya!!




No comments:

super star

Super Stars - Cry On My Shoulder


Powered by mp3ye.eu

~ Aku & Kamu ~

Daisypath Friendship tickers