Wednesday, 22 June 2011

Diet mengikut Jenis DaraH


Ramai org yg tanya ak pasal diet..sebenar benar benarnyee,ak mmg xpernah berdiet. makan je apa yg ak mau. cuma ak mmg xsuke makan mkanan berminyak..mual! tapi ak cuba search jugak info2 tentang diet untuk kamu yg ingin berdiet. Diet mstilah seimbang,jangan sampai sakit plak..hehe! Jadi,sila lah menelaah makanan yg bersesuaian dengan jenis darah kamu k.Belajar untuk berdiet dengan seimbang..Good Luck! ^^
Diet Untuk Golongan Darah 'A'


hmmm,,sedapny,ada tukang masak bolehlaaa!

pemilik jenis darah A disarankan mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Siapa mereka yang punye jenis darah A?
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'B'




Ak kurang skit makan makanan ni..wwaaaa!

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. golongan jenis darah ini disarankan menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Siapa mereka yang punye darah B?
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
Diet Untuk Golongan Darah 'AB'



Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Siapa mereka yg punye jenis darah AB?
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi
Diet Untuk Golongan Darah 'O'


Jagung mmg ak suke..hmmm...sweet corn!besttt!!

pemilik darah jenis O di sarankan lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Antara jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Siapa mereka golongan darah O?
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Kajian ini telah dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo. Ia suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.




Ak mmg suke 'crazy' kat benda ni!! wohooooo!!

nk tahu sesuatu tak..ak xtahu pun jenis darah ak apa...** winkkkk (tutup muka!)

Monday, 20 June 2011

Syukuri apa yang ada..^_^

Mula2, ak nak ucapkan tahniah buat team gurlz sempoi handball UPM. Diaorang menang game pagi tadi menentang UMT.Well done gurlz!that s what we want! Berusaha untuk esok&hari2seterusnya plak k. mesti JaNGaN MeNyeRaH!! (semangat ni=D )

Braces..oh..braces...dah buka,..rasa nk tutup muka..malu =_= hohoho! mestilah dh cantik,buka braces (org kata=p) Tapi korang jgn ingat org yg pakai braces tu sebab nak cantik je k! (eh,emosional plak=p)  Pening kepala if asyik nak pk jadi cantik je. orang nak pakai baju baru,kita pn nak jugak. orang guna alat mekap bagus, kita pun pulun p cari barang yg sama..habis duit! pastu mula bersaing sesama sendiri siapa yang lebih vogue, cantik, lembut..ayu..oh tidak!sy bkn org yg sesuai utk brsaing dgn kamu..cari org lain..stop!~

Apapun yg kamu buat biar datang dari hati kamu, diri kamu..menjaga kecantikan utk tingkatkan keyakinan diri&menghargai nikmat yg Allah berikan pada kamu,tu lebih baik. tu pun di kira mensyukuri nikmat yg ada tau..tau.. =P nama lagi pompuan,ada 1 akal,9 nafsu..control..control..!

Sebenarnya..semua orang cantik. tak percaya? duk lah depan cermin,tgk wajah kamu..kamu dikurniakan dgn kesempurnaan oleh Allah. Hidung, mata, bibir, telinga..cukup..Bagi sy,cantik yg sebenar bkn ada pada rupa fizikal,tapi ada pada hati. sy sangat takut dgn perasaan riak& sombong..nau'zubillah. sy juga takut dgn cubaan2 yg lain..Minta2 sy tak tergolong dalam golongan tu. 

Alhamdulillah, sy bersyukur dgn apa yg dah dikurniakan Allah. tu sume nikmat..tapi hati-hati..kadang2 nikmat tu jugak lah ujian. Jadi selalu lah muhasabah diri,untuk menjadi org yg lebih baik dari hari-hari yg sebelumnya. Siapa kita hari ini adalah dari apa yg kita lalui pada masa yg lalu. Apa pun yg telah kamu lalui sebelum ini, samada pahit, kelat,masin..derita,duka,kecewa,sengsara..(aduss,sumeny seksa)..kuat kan semangat. Syukuri apa yg kamu ada pada hari ini..hidup ini adalah anugerah. yang penting, JaNGaN MeNYeRaH..! =) 




super star

Super Stars - Cry On My Shoulder


Powered by mp3ye.eu

~ Aku & Kamu ~

Daisypath Friendship tickers