Tuesday, 10 May 2011

Ya Allah... =_=

wahai Tuhan
yang meniupkan cinta..
wahai Tuhan
yang membisikkan rindu..

tiupkan cinta ku
pada hambaMu yang sentiasa
mendambakan cintaMu..
bisikkan rinduku 
pada hambaMu yang sentiasa 
dekatkan diri padaMu

wahai Tuhan
yang meniupkan cinta..
wahai Tuhan
yang membisikkan rindu..

hadirkan cinta ku 
pada hambaMu yang ikhlas mencintaiku
hembuskan rinduku
pada hambaMu yang sentiasa setia pada Yang Satu..

wahai Tuhan
yang meniupkan cinta..
wahai Tuhan
yang membisikkan rindu..

sampaikan cinta&rinduku 
pada dia yang sentiasa rindu padaMu
supaya hati ini sentiasa tenang
dalam mencintai & dicintai..

wahai Tuhan
yang meniupkan cinta..
wahai Tuhan
yang membisikkan rindu..

jika yang hadir bukan lah yang terbaik untukku
jauhkan diri nya dariku
supaya ak tidak kecewa & berduka
namun Ya Allah..
jika yang hadir itu adalah yg terbaik buatku
dekatkan hati kami
titipkan kasih syg antara kami
bersandarkan cinta kepadaMu..

dia bukan milikku yang haq,
maka..
ak mohon padaMu ya Allah..
pelihara lah dia untuk ku
berikan kekuatan utk dia
dalam mengharungi cabaranMu..
berilah ketenangan dalam hatinya
untuk menghadapi dugaan Mu 
hanya Engkau Tuhan Yang Maha Agung
dalam genggamanMu tiap sesuatu
~sesungguhny milikMu segalanya~




No comments:

super star

Super Stars - Cry On My Shoulder


Powered by mp3ye.eu
Loading...

~ Aku & Kamu ~

Daisypath Friendship tickers