Showing posts with label PeSaN UsTaZ. Show all posts
Showing posts with label PeSaN UsTaZ. Show all posts

Thursday, 24 May 2012

duhai PenTaS DuNia..

Ustaz pesan..jangan buruk kan org..
JANGAN..JANGAN..JANGAN..
ada org yg suke bermuka2..
ku tahu siapa..kenapa..di mana..
cerita dalam cerita..
perasaan dlm perasaan..
ku diam seribu kata
ku tahan lidah untuk berbicara..
agar tidak burukkan sesiapa walau org bermuka2..


Sangat kejam bila ku dipandang hina
kerana org yg bermuka2..
OOuh..
kejamnya dunia... T_T

Ingin ku keluar dr kehidupan fana..
Lari dr pentas lakonan dunia..
Mencari dunia baru yg lebih indah
Biar ku bawa semua rahsia
agar lidahku menjaga kata2
agar tidak berkata2 tentang org yg bermuka2 

Pentas Dunia..
penuh lakonan semata2..
di hadapan manis lidah berkata2
di belakangnya penuh dusta
pentas dunia..
inginku undur diri dari pentas  ini..
mencari ketenangan yg lebih bererti
mencari kejujuran dalam kata
mencari keikhlasan dlm bicara
kepada yg menghulurkan kasih syg dlm perkenalan
kepada yg sentiasa memahami dalam perhubungan..

SaLam PeRPiSaHan PemenTas Dunia...
SaLam PerKeNaLan untuk PemilIk Jiwa PeNyaYang...
kamulah SaHaBaT
tersimpan jauh di lubuk hatiku
yg teristimewa dlm jiwaku..hanya KaMu.. :)





Tuesday, 21 February 2012

BOHONG??Boleh ke??? JawapaNnya.. "Ya" TETAPI....



kat sekolah dulu ustaz prnah cite hal ni
tp wktu tu dgr je,xbtul2 memahami
seminggu lepas dengar lg ceramah
tntg hal ni
dlm radio IKIM..tp kejaap je
sy nk thu lebih banyak lg
jdi,sy cri hal2 berkaitan dgn hal ni kt tenet
dlm mempelajari ilmu agama,
msti betul2 faham..supaya tindakan yg kita buat
tak tersilap&tersalah
Dalam Islam...
"NIAT TAK MENGHALALKAN CARA" :))

JOM SESAMA BACA....



Definasi bohong:

“Menyatakan sesuatu yang menyalahi perkara sebenar, samada senghaja atau tersalah.” (kitab Misbahul Munir)

Hukum Bohong

Hukum Asal bagi bagi bohong adalah haram menurut al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama.
Firman Allah swt:

“Dan janganlah kamu berkata dusta mengikut sedap mulut kamu ini halal dan yang ini haram untuk mereka2 pembohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang2 yang mereka2 pembohongan terhadap Allah tidak berjaya.” ( 116 : an-Nahl)

Ibnu Mas’ud meriwayatkan , Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya pembohongan membawa kepada kejahatan. Kejahatan membawa kepada neraka. Sesungguhnya seorang lelaki yang selalu bercakap bohong sehingga ditulis disisi Allah sebagai org yg sgt pembohong.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Nabi saw bersabda:

“Besar pengkhianatan sekiranya kamu menceritakan satu cerita kepada saudaramu seIslam dengan keadaan dia mempercayai cerita itu sedangkan kamu berdusta.” (Hr Abu Daud – Imam Nawawi mendaifkan hadis ini)

Ijmak (sepakat) para ulama mengatakan haramnya berbohong.

Bohong yg dibenarkan
Pengarang kitab Mausuah al-Feqh (jilid 24/ms205) berkata:

“Kadang2 bohong adalah perkara yg diharuskan atau diwajibkan. Ucapan adalah perantara bagi tujuan. Setiap tujuan yang mulia yang boleh dihasilkan tanpa bohong maka haram berbohong. Sekiranya tujuan yang mulia itu tidak terhasil melainkan dgn berbohong maka harus berbohong. Sekiranya tujuan itu diharuskan maka berbohong menjadi harus dan jika tujuan itu wajib maka wajib berbohong. Contohnya menjaga darah orang Islam adalah wajib. Jika bercakap benar boleh menyebabkan tumpahnya darah orang Islam yang bersembunyi dari orang zalim, maka wajib berbohong. Wajib berbohong dalam hal ini sekiranya tidak diketahui terbongkar pembohongannya yang mengakibatkan kemudaratan yg lebih besar.”

Dalil kepada pengharusan ini adalah hadis Rasulullah saw yg diriwayatkan oleh Ummu Kalsum ra:

ليس الكذاب الذي يصلح بين الناس فينمي خيرا أو يقول خيرا

“Bukanlah orang yang berbohong itu yang mendamaikan diantara manusia yang menyebabkan berkembangya kebaikan atau berkata perkara yang baik.” (Hr Bukhari dan Muslim)
Ummu Kalsum ra juga meriwayatkan hadis Rasulullah saw:

“ Aku tidak pernah mendengar Rasulullah saw membenarkan manusia untuk berbohong melainkan dalam 3 perkara 1. Peperangan 2. Mendamaikan manusia 3. Cerita lelaki kepada isterinya dan sebaliknya.” (Hr Muslim)

Ulama juga membenarkan untuk tidak mengakui kesalahan yang tersembunyi yg dilakukan seperti zina pada masa lalu. Orang tersebut hendaklah bertaubat ke Allah dan menyembunyikan. Apabila ada pihak berkuasa bertanya dia boleh mengingkarinya. Rasulullah saw bersabda:

“Hendaklah kamu menghindari perkara keji yang dilarang oleh Allah. Sesiapa yang telah melakukannya hendaklah dia menutupnya dan bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya sesiapa yang kesalahannya diketahui maka kami akan melaksanakan hukum berdasarkan Kitab suci al-Quran.” (Hr Hakim – dihukum sahih oleh Hakim dan azZahabi).



sumber:: http://www.loveloveislam.com

Saturday, 18 February 2012

FiTNaH..! **~

Kekangan keje buat sy dah lama tak mencoret ssuatu di sini. Pagi-pagi lagi mata terpaku melihat buku-buku di rak. Hati terpaut pada sebuah buku yg menjadi teman sy sejak dulu lagi.." PENENANG JIWA - Terjemahan Kitab MUKHASHAFAH AL-QULUB"  karangan Imam Al-Ghazali. Bab 78 - FiTNaH dan GhiBaH..oouh..dah sampai BaB 78 sy membaca. Tajuk yg agak menarik. Hati sy tertanya-tanya apa yg dimaksudkan dgn FiTNaH dan GHIBaH?? Siapa mereka?? Hati mula takut..takut dalam tak sedar tergolong dlm golongan mereka..NAU'ZUBILLAH...sy mula membaca...


Allah Azza Wa Jalla berfirman::
" Dan janganlah pula sesetengah kamu mengumpat yang lain, sukakah salah seorang kamu, bahawa dia memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)? Maka tentu kamu tidak suka memakannya"
 (Q.S. Al-Hujurat : 12)

Dari Jabir dan Abi Said, mereka berkata, berkata Rasulullah s.a.w::
"Takutlah akan ghibah, sesungguhnya ghibah lebih berat dari zina. Seorang lelaki yang berzina lalu bertaubat, maka Allah menerima taubatnya. Sedang Allahtidak mengampuni ORANG YG GHIBAH sebelum ORANG YG DIGHIBAH itu memaafkannya"

Anas berkata, "telah bersabda Rasulullah s.a.w::
"Pada malam aku disirakkan, aku telah bertemu dengan kaum yg menggaru muka mereka dgn kukunya. Aku berkata, "Wahai Jibril, siapakah mereka?" "Mereka yg suka mengumpat orang dan mengoyak harga dirinya"...

Allah SWT berfirman lagi::
"Celakalah untuk tiap-tiap pengumpat dan pencela"
(Q.S. Al-Humazah:1)

"Pengumpat adalah tukang memfitnah juga. Yang membawa kayu api"
(Q.S. Al-Lahab:4)

Dirawikan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda::
" Di antara kamu yg disukai oleh Allah yg baik akhlaknya dan berlapang dada. Sedangkan yg paling dibenci Allah adalah orang yg suka menyebarkan fitnah di antara saudara-saudaranya..."


"YA ALLAH..jauhkan hambaMu yg lemah ini dari tergolong dalam golongan pengumpat&pembuat fitnah"..NAU'ZUBILLAHIMANZAALIK...itu saja yg terdetik di hati sy.Alhamdulillah..hari ni sy dapat lagi 1 ilmu yg sgt baik,ingatan untuk diri sendiri. Sy akhiri dgn kata2 seorang penyair,juga terdapat dalam buku ni..


SEBAGAIMANA ORANG MENGADU PADAMU,
DIA AKAN MENGADUKANMU JUGA,
KAU AKAN TERJERAT,
OLEH ORANG YG BERMUKA DUA....
(m/s : 341 - Buku Penenang Jiwa)

Sekali lagi..NAU'ZUBILLAHIMINZAALIK... 

Sy cuma kongsikan apa yg sy baca. Apa yg baik, kita jadikan ingatan untuk diri, sesama kita..Wallahua'lam..Allah Maha Mengetahui :) with luv ** SueSyaurah







Thursday, 10 November 2011

11.11.11.. =))

Salam semua =))
moga hari ni hari yang cukup indah untuk semua
moga hari ni juga hari yang diredhaiNya..
Alhamdulillah, hari yg baik..hari Jumaat..
moga hati2 kita semua tidak pernah lari
dari mengingati Dia yang Maha Esa.. -__-


Ss teringat pada 1 email yg pernah Ss terima dulu
tentang sahabat..
hari ni mungkin ada yg baru ingin mengenali
antara satu sama lain..
alhamdulillah.. =))


Imam Al-Ghazali berkata ' Kawan dibahagikan kepada 3 " :


1) KAWAN YANG PERTAMA - 
Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi iImu & nasihat agama kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

2) KAWAN YANG KEDUA -
Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapatkan laksana perintah Allah.

3) KAWAN YANG KETIGA - 
Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu dia rejek ilmu dan nasihat yang kita bagi. Imam Al-Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi maafaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang bawa kepada kemaksiatan kepada Allah s.w.t.
Nabi SAW bersabda ' Seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikkan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu.

Kesimpulan hadis -

Umpama berkawan dengan tukang jual minyak wangi iaitu kita berkawan dengan orang yang baik-baik iaitu orang yang selalu ingat pada Allah, orang yang selalu pergi masjid, selalu ikut kuliah agama, selalu bagi nasihat dan ajak ke arah kebaikan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut dia pergi masjid dan buat perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan tinggal perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

Umpama berkawan dengan tukang ketuk besi iaitu kita berkawan dengan orang yang tidak ingat kepada Allah, orang yang selalu buat maksiat ( seperti tidak solat, tidak puasa di bulan Ramadhan, tidak menutup aurat mengikut kehendak agama dan perkara-perkara yang menjurus kepada maksiat ) dan selalu ajak kita ke arah kejahatan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut cara dia, kalau dia kaki 'karaoke' kita pun akan jadi kaki 'karaoke', kalau dia kaki tengok wayang kita pun jadi kaki tengok wayang, kalau dia kaki tak tutup aurat kita pun ikut dia tak tutup aurat, kalau dia kaki tak solat kita pun akhirnya akan jadi kaki tak solat.
Ambillah iktibar  dan jangan tersilap pilih kawan di dunia ini.

Ss nak kongsi kata2 Imam Ghazali tentang 'kawan'
moga kamu mendapat teman yg terbaik ;)
moga hubungan kamu sentiasa dalam redha Allah..
Ss sentiasa mendoakan yg terbaik
untuk sesiapa saja yg Ss kenal
amiiin... ;))

Ss tak tahu apa yg Ss rsa sekarang. Walau jiwa kosong tp hati sgt tenang..alhamdulillah.. =)

"Ya Allah..tenangkan hati ku setenang air di tengah lautan..bersihkan hatiku sebersih kain putih tanpa terusik..kurniakan ak akhlak yg baik sebagaimana Engkau perelokkan wajahku..amiinn... -___- "



super star

Super Stars - Cry On My Shoulder


Powered by mp3ye.eu

~ Aku & Kamu ~

Daisypath Friendship tickers